Friday, November 7, 2008

FOTO Smart Solah di ILP..

Salam semua..



Diuploadkan di sini beberapa keping foto kenangan prog Smart Solah@Tahsin Solah yg diadakan di Surau ILP baru2 ini. Program yg dihadiri oleh seramai 120pelajar ILP dimulai dengan ceramah-praktikal solat cara Nabi saw yg disampaikan oleh Ust Nik Aufa. Diikuti selepasnya dengan bengkel yang dikendalikan oleh Ust2 & Ustazah2 dari SPS.

Modul Smart Solah yg disampaikan adalah berdasarkan Modul Smart Solah KRJ SPS. Sekian.













Saturday, November 1, 2008

Assalammualaikum

Program KEINDAHAN BERSAMA MU Versi Belia

TERBUKA untuk SESIAPA yang berminat (Umur>20tahun & telah tamat belajar/ sudah bekerja)

"BELIA MEMBANTU HARI ESOK"

akan diadakan pada

29 & 30 November 2008

di

Damai Park Resort,Merbok, Kedah

Yuran Pendaftaran

RM 80

Komen peserta

Bismillahirahmanirahim...

Ya Allah...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
ku panjatkan kesyukuranku padamu
Ya Allah...

ikatan ini, kenangan ini,keimananku ini
keinsafan ini,membuatkan hati jatuh cinta
padamu,jatuh hati pada pekerti rasul kekasihmu Ya Allah

Ya Allah beratnya hatiku
meninggalkan taman syurgamu Ya Allah.

Ya Rahman , Ya Rahim,
kekalkan kecintaanku ini
suburkan keimanan,kasih sayang ini
ke akhir hayatku,hingga ke hadapanmu Ya Allah

YA ALLAH... SUBHANALLAH.
YA ALLAH... SUBHANALLAH.

ALLAH...HU.. .AKBAR... .

************ ********* ********* ********* ********* ****

Nama: Amirah Nadiah Bt Mohd Rifaie

1. Sebelum datang ke program KBM ini,ramai yang cakap,
best giler,tak rugi kalau datang. Ternyata kenyataan itu benar.
memang best giler dan menepati. Tambahan pula, enjoy dan relax.

2.Dapat kenal kawan-kawan baru. Menjalinkan ukhuwah yang baik
dalam masa yang singkat.

3.Program yang manarik, menepati dengan jiwa kami yang dalam
proses menjadi muslimah sejati.

4.Fasilatator yang baik,bekerjasama. ....

5.Aktiviti dan masa tidak terlalu penat dan tidak di paksa sangat.

6.Aktivti menarik,menyedarkan saya dan kawan-kawan yang leka
dengan dunia.

Aktiviti Terkini


Ceramah Kesihatan kali ke-3 2008

Alhamdulillah, pada 30 Oktober 2008, satu ceramah kesihatan remaja wanita telah diadakan di Dewan Mini, SMK Tunku Abdul Rahman. Pengisian hampir sama dengan program sebelum ini, cuma ia melibatkan pelajar-pelajar perempuan sahaja.


Semoga mendapat manfaat dari ceramah yang disampaikan itu!