Tuesday, December 22, 2009

Terkini..dari KRJ Penang

Karnival Sukan Remaja KRJ Zon Utara '09 melabuhkan tirai. Pulau Pinang Johan Keseluruhan!


Pada 12 Disember 2009, SURE KRJ Zon Utara telah berlangsung dengan jayanya di MRSM Kubang Pasu, Jitra, Kedah.
Acara-acara yang dipertandingkan adalah Karom L&P, Catur L&P, Bola Jaring dan Bola Sepak melibatkan 4 buah negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang & Perak.
Kejohanan berlangsung meriah dengan semangat kesukanan dan ukhuwwah yang tinggi di kalangan peserta.

Pulau Pinang mendominasi semua acara sama ada sebagai Johan atau Naib Johan
perlawanan.

Keputusan penuh kejohanan adalah seperti berikut:

Acara

Karom L

Karom P

Catur L

Catur P

Bola Sepak

Bola Jaring

Johan

Perlis

PENANG

Kedah

Kedah

Perak

PENANG

N. Johan

PENANG

Kedah

PENANG

PENANG

PENANG

Perak

Ke-3

Kedah

Perak

Perak

Perak

Kedah

Kedah


Kedudukan keseluruhan dikira dari pendaftaran hingga tamat permainan + markah akhlak pula adalah seperti berikut:


JOHAN : PULAU PINANG (98 markah)

Ke-2 : Kedah (49 markah)

Ke-3 : Perak (39 markah)

Ke-4 : Perlis (28 markah)


Gambar-gambar sekitar SURE Zon Utara '09 ;





















Tahniah diucapkan urusetia kerana telah menganjurkan kejohanan ini dengan jayanya.. Tahniah juga diucapkan kepada Team Pulau Pinang di atas kejayaan merangkul gelaran Johan Keseluruhan. Jumpa lagi di tahun hadapan!

Klik di sini untuk paparan lebih 200 keping Foto SURE ZON UTARA'09 http://s266.photobucket.com/albums/ii268/naufa03/SURE%20KRJ%20zon%20utara09/?start=all

Ahad, 2009 Disember 06

Temasya SURE'09 berlangsung Meriah..
SPS ungguli Kejohanan!


Petugas kejohanan terdiri dari aktivis dakwah KRJ JIM bergambar bersama semua peserta
yang layak bertanding ke SURE JITRA Zon Utara!

Penyelaras SURE'09 bersama Johan Bola Jaring dari SPS

Ketua Kontijen SPS menerima Piala Pusingan SURE'09

SEPINTAS ACARA...




Jumaat, 2009 Disember 04

Temasya Sukan Remaja JIM Peringkat Negeri P.Pinang Kembali Lagi! SURE'09


Sila KLIK pada image untuk paparan yang lebih jelas.



Thursday, November 5, 2009

Program Motivasi Remaja..

Bagi Remaja Yang Berminat.
KLIK pada image untuk paparan lebih jelas

Saturday, June 13, 2009

Borang KRJ

Respon buat.. Firdaus, Kamal, Dayah n Remaja Yang Ingin Menyertai KRJ Penang/SPS.

Salam buat kalian sumer. Ampun & maaf dipohon atas kelewatan Along respon antum punya msg di CBox. Musim pelajar XM la katakan.. tak sempat nak noleh kiri..kanan. Sibuk marking paper n masuk results. Ni baru sempat nk jenguk2 blog..

Apapun selamat datang n tahniah along ucapkan ats kesudian untuk bersama KRJ Penang...
bagi yang berminat, boleh ler copy n isikan borang di bawah ini. Hantarkan nnt pada Along dengan alamat yg tertera di phamplet KRJ tu.. (Alamat Ust nik or Kak Aida tu...)
Jangan lupa selitkan bersama Yuran pendaftaran sebanyak RM5 sahaja sbg yuran keahlian.

Moga Allah SWT pertemukan kita nanti di prog KRJ akan datang. InsyaAllah...

NIK MOHD AUFA B NIK MHD NOR
Pengurus KRJ SPS/ AJK KRJ P.P


Sila KLIK pada borang untuk paparan yang lebih jelas. Kemudian 'right click' dan 'save image as'.


Thursday, April 30, 2009

SURE BOWLING KRJ MERIAH!

Assalamualaikum wbt.

Pada 25 April 2009 telah berlangsung SURE BOWLING KRJ PENANG bertempat
di kompleks BUkit Jambul.
Kejohanan tersebut dimeriahkan dengan penyertaan seramai 66 orang peserta termasuk remaja non-Muslim!

Ana sempat juga sampaikan tazkirah tentang 5 CIRI REMAJA MUSLIM KONTEMPORARI yang dipetik dari Brosur KRJ (yang Pak Lang Mokri sisipkan tempohari dalam perjumpaan 'Ramah Mesra KRJ Penang'. Tq kerna beri kami suntikan semangat!) Alhamdulillah..remaja non-Muslim juga bleh diam hayati tazkirah. Mudah2an tbuka pintu hidayah buat mereka nanti.

Secara keseluruhan, program berjalan lancar dan penuh disiplin. Tapi kalau dapat diatur pertandingan antara daerah, tentu lebih menarik..tambah pula kalu dapat dengar adik2 remaja yg dah lalui usrah sampaikn tazkirah...

Di akhir prog, remaja telah diberi 'barang amanah' berupa risalah dakwah untuk diedarkan kepada pengunjung Kompleks Bukit Jambul. Mudah2n ia menjadi tarbiah awal kepada mereka untuk lebih cakna kpd akidah masy n kgawatan sosial.

Beberapa saranan penambahbaikan:
  1. Kehadiran ikhwah agk kurang bg mmantau pgerakan remaja pd kejohanan tersebut, kalau tidak tentu sebaran risalah dakwah akn lebih mantop lagi! Seingat ana remaja diamanahkan utk edar risalah sendirian. Bg wakil remaja SPS yg sepuluh org tu mmg ana n zaujah pantau seorang2. Akhirnya..wp takut2, depa dpt juga selesaikan 'barang amanah' tu..Yang lain, agak sukar dikesan samada mereka edarkan @ simpan dlm beg sahaja.
  2. Risalah tidak mencukupi- untuk siri akn dtg, kita harus sediakan lebih byk risalah yg bkisar ttg kehidupn remaja. Aurat, Reproduktif remaja, Cinta Remaja, Ciri Remaja Solah Wa Musleh dll. Dan klu perlu, penggerak KRJ perlu buat bengkel risalah remaja..
  3. Solat zohor berjemaah juga elok kita masukkan dalam tentatif prog. Saranan ikhwah/t dlm JIMPPnet jg menarik untuk ditonjolkn pada prog2 remaja akn datang. Ya..solat di dataran/koridor pusat membeli belah! dengan pakaian sukan yg mnutup aurat tanpa telekong.. Tentu bakal mbina persepsi yg baik masy terhadap remaja Islam..dakwah bil hal.

    Ayuh remaja..Kita terajui perubahan! dari taklid buta kepada kecelikan beragama...!
Sekian dulu,

Nik Aufa
Pengurus KRJ Daerah SPS
AJK KRJ Negeri

FOTO WARNA-WARNI SURE KRJ PENANG'09:

Pendaftaran & Tazkirah:

Ucapan alu-aluan dari Nik Aufa
Tazkirah 5 Ciri Remaja Muslim Kontemporari
Taklimat dari Pengarah KRJ Negeri

Suasana ketika tazkirah n taklimat

Pendaftaran peserta








Taaruf KRJ SPS

Peserta dari KRJ SPS dalam sesi TAARUF




Sekitar Kejohanan Bowling:


















Penyampaian Hadiah:

Johan..TAHNIAH!
Naib Johan (Remaja non-Muslim)
Johan (P)



Sebaran Risalah Dakwah:


Mencari 'sasaran' dakwah

hah! tu dia!

Antara 'couple'yg disantuni..
Risalah buat non-Muslim..


Terus mencari 'sasaran' di setiap level KBJ

Aksi Ina (anak cg Razak SPS) berdakwah pd amoi..
Mmg semangat, tp ketar la jugak katanya..

Lagi couple yg didekati