Friday, July 16, 2010

Alhamdulillah..prog lancar & kehadiran ke Majlis 'MALAM GEMA GAZA BERDARAH 2' juga di Luar Jangka!



Salam. Terima kasih buat semua pihak yang menjayakan 'MALAM GEMA GAZA BERDARAH 2'. Alhamdulillah berkat doa kita n gerakkerja yg ikhlas..prog berjalan lancar start dr 'gimik majlis' hinggalah ke akhirnya. Kehadiran juga di luar jangkaan! sampai melimpah ruang dewan. Ada juga yg kelihatan terpaksa berdiri di bahagian tepi dewan untuk turut sama memeriahkan malam yg penuh getaran.... Pelancaran kempen 'kosongkan poket utk Palestin' juga alhamdulillah bersambut dengan kutipan dana pada malam itu sahaja mencecah RM1800.. Syabas & jutaan terima ksh buat semua yg terlibat terutama Ikhwah/t ats sokongan moral & kewangan..termasuk Cg Razak yg byk membantu, penceramah jemputan (Prof Madya Dr Roslan Ahmad (YDP JIM SPS) yg penuh semangat mengupas 2 slot yg penuh informasi, pentadbir, AJK pelaksana, exco2 & pengawas asrama, warden2, guru2, penderma2 yang budiman, 'artis2' pelajar yg sgt2 berbakat, remaja KRJ SPS@naqib/ah usrah yg sabar melayan karenah adik2 terutamanya dlm sebulan persiapan majlis, ibubapa yg memberi sokongan, , seterusnya warga nibong tebal yg sudi hadir beramai2, dan semua pihak yg terlibat secara langsung@ x langsung yg x mampu nk disenaraikan di sini.. Syukran Jazilan! Moga Allah membalasi kalian dengan sebaik2 ganjaran dan memberi kemenangan buat sahabat2 kita di Palestin! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

-Nik Aufa
Pengurus KRJ SPS

FOTO2 MALAM GEMA GAZA BERDARAH 2

Pameran kekejaman zionist israel..

Menurunkan tanda tangan..sokong Palestin!

Kebiadaban ISRAEL turut digambarkan dlm lakonan..



Penceramah jemputan..Prof. Madya Dr. Roslan bin Ahmad (YDP JIM SPS)




Sekian dulu........ketemu lagi dalam MALAM GEMA GAZA BERDARAH 3 next year..insyaAllah!

Tuesday, December 22, 2009

Terkini..dari KRJ Penang

Karnival Sukan Remaja KRJ Zon Utara '09 melabuhkan tirai. Pulau Pinang Johan Keseluruhan!


Pada 12 Disember 2009, SURE KRJ Zon Utara telah berlangsung dengan jayanya di MRSM Kubang Pasu, Jitra, Kedah.
Acara-acara yang dipertandingkan adalah Karom L&P, Catur L&P, Bola Jaring dan Bola Sepak melibatkan 4 buah negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang & Perak.
Kejohanan berlangsung meriah dengan semangat kesukanan dan ukhuwwah yang tinggi di kalangan peserta.

Pulau Pinang mendominasi semua acara sama ada sebagai Johan atau Naib Johan
perlawanan.

Keputusan penuh kejohanan adalah seperti berikut:

Acara

Karom L

Karom P

Catur L

Catur P

Bola Sepak

Bola Jaring

Johan

Perlis

PENANG

Kedah

Kedah

Perak

PENANG

N. Johan

PENANG

Kedah

PENANG

PENANG

PENANG

Perak

Ke-3

Kedah

Perak

Perak

Perak

Kedah

Kedah


Kedudukan keseluruhan dikira dari pendaftaran hingga tamat permainan + markah akhlak pula adalah seperti berikut:


JOHAN : PULAU PINANG (98 markah)

Ke-2 : Kedah (49 markah)

Ke-3 : Perak (39 markah)

Ke-4 : Perlis (28 markah)


Gambar-gambar sekitar SURE Zon Utara '09 ;





















Tahniah diucapkan urusetia kerana telah menganjurkan kejohanan ini dengan jayanya.. Tahniah juga diucapkan kepada Team Pulau Pinang di atas kejayaan merangkul gelaran Johan Keseluruhan. Jumpa lagi di tahun hadapan!

Klik di sini untuk paparan lebih 200 keping Foto SURE ZON UTARA'09 http://s266.photobucket.com/albums/ii268/naufa03/SURE%20KRJ%20zon%20utara09/?start=all

Ahad, 2009 Disember 06

Temasya SURE'09 berlangsung Meriah..
SPS ungguli Kejohanan!


Petugas kejohanan terdiri dari aktivis dakwah KRJ JIM bergambar bersama semua peserta
yang layak bertanding ke SURE JITRA Zon Utara!

Penyelaras SURE'09 bersama Johan Bola Jaring dari SPS

Ketua Kontijen SPS menerima Piala Pusingan SURE'09

SEPINTAS ACARA...




Jumaat, 2009 Disember 04

Temasya Sukan Remaja JIM Peringkat Negeri P.Pinang Kembali Lagi! SURE'09


Sila KLIK pada image untuk paparan yang lebih jelas.