Wednesday, November 7, 2007

BERITA SEMASA KRJ :

LAPORAN 3R KRJ SPS

Alhamdulillah, pada 16-17 Ramadhan 1428H (28-29 september 2007) telah berlangsung program 3R 'Remaja Raikan Ramadhan' 1428H peringkat Seberang Perai Selatan di Pusat Islam Kampus Kejuruteraan USM. Seramai 150 orang remaja dari SMK Seri Nibong hadir sebagai peserta.

Program ini dianjurkan bersama oleh Pusat Islam USM, Lajnah Seruan Rabbani SMK Seri Nibong dan Kelab Remaja JIM SPS.

Program yang bertemakan 'Membentuk Remaja Cemerlang' ini dimulakan dengan laungan nasyid 'Ruhul Jadid' dengan penuh semangat oleh para peserta. Majlis perasmian kemudiannya pula disempurnakan oleh Tuan Hj Mohd Yusuf (Pegawai Kanan Pusat Islam USM) jam 3.00 ptg diikuti dengan ceramah 'Syoknya Ramadhan' oleh al-Fadhil Ust Syukri yang juga dari Pusat Islam USM.

Antara slot/pengisian 3R SPS 1428H ini ialah :
  1. 'Syoknya Ramadhan'
  2. 'Ramadhan kami..Ramadhan Mereka'
  3. Tadarrus/tafsir surah al-Mulk
  4. 'Kalimah Toyyibah'
  5. 'Who am I?'
  6. Senamrobik 'Ruhul Jadid'
  7. Renungan fajar
  8. 'Bersamamu Palestin'
  9. 'Salam Remaja' - KRJ
Berikut merupakan gambar2 menarik semasa program berlangsung...


Majlis Perasmian...

'Syoknya Ramadhan!' - memang syok apatah lagi teringat telatah lucu dan mencuit hati Ust Syukri...

Sebahagian remaja perempuan khusyu' mendengar..

Aktiviti LDK.. 'Ramadhan kami..Ramadhan Mereka'

Antara 15 kump remaja lelaki yang memenuhi ruang masjid untuk aktiviti LDK


Gambar2 lain akan diuploadkan pada kesempatan akan datang

Sekian,

- Ust Nik Mohd Aufa & Dr Aida

Sabtu, 2007 Ogos 18

Cerita teladan :

Kisah Benar - Apa Erti Aku Pakai Tudung..


Assalamualaikum wbt,

Para remaja yg disayangi sekelian, sebelum ini ada beberapa orang remaja (P) datang berjumpa ustaz bertanya ttg aurat. Dengan nada yg agak x bpuas hati mempersoalkan ttg keperluan mereka bertudung dan berpakaian menutup aurat...

'Kenapa aurat kami lbh banyak brbanding lelaki? Pasai lelaki x leh tahan nafsu ker? Tapi awat kami yg jadi mangsa.... Kerana depa bernafsu, maka kami perlu tutup segalanya???? gitu ker ust?'

Hmm, panjang lebaq jugak jawapan ust pada yg bertanya... namun alhamdulillah yg bertanya tu udah mula menerima...bahawa kewajipan menutup aurat bukan semata-mata untuk mengekang nafsu lelaki, ttp yg lbh penting... ianya salah satu cara Allah menilai kesolehan dan ketaqwaan wanita budiman...wanita pilihan Tuhan!

Justeru, ust uploadkan di sini sebuah kisah berkaitan cth wanita yg diangkat darjat menjadi wanita pilihan!

dipetik dari : http://www.surau.ladang.net/"

Sebuah Kisah...

Oleh : Is

"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-temannya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.
Wassalam...

Ahad, 2007 Julai 29

KEMUSYKILAN REMAJA TENTANG AMALAN & PUASA REJAB..


Assalamualaikum wbt.

Semoga warga KRJ seluruhnya berada di bawah naungan & perlindungan Allah s.w.t.
Melalui ruangan soal jawab agama ini, Ustaz akan sebarluaskan beberapa persoalan yang sering mendapat perhatian pelajar.

Soalan2 yang sering ditanya pada ustaz selama ini, akan cuba dipaparkan di ruangan ini bagi memberi faedah bukan sahaja kepada pelajar yang menyoal, bahkan kepada mereka yang turut sama berkongsi kemusykilan yg serupa... (maklumlah, kadang2 ada yg malu nak bertanya! tak gitu??)

Pada 2-3 minggu lepas, ramai pelajar bertanya tentang fadhilat (kelebihan) bln rejab dan ganjaran berpuasa dlm bln ini. Pada pengamatan ust, ramai juga yang terkeliru dengan hadith2 palsu yang dibaca & didengari dari sumber yang entah tak tau dari mana!

Jom kita bincangkan masalah ini...

Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

Di sini dinyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.

Sheikh Atiyah Al-Saqr menyatakan :


a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.

Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[1]

"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit/tetap untuk masa & tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit selagi ianya mendustakan Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu(direka-reka)'!

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:

"Syeikh Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani menjelaskan perkara ini di dalam kitabnya bahawa penjelasan Fadilat Rejab, Fadilat Puasa Rejab dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"


b. Fadilat Rejab setara dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.

Fadilat Rejab secara umumnya berada sama sahaja dengan Fadilat bulan-bulan Haram yang lain
sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijjatul Wada', didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan Rejab.

Pada masa tersebut (iaitu pada bln haram) orang Islam ditegah melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.


c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.

Berkata Al-Saqr lagi bahawa:

"Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram yg lain, yg di dalamnya terdapat ibadah puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir ataupun hari-hari yang lain di bulan rejab.

Berkata Ibnu Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis sahih mengenai fadilat khas berpuasa!'

Beliau memetik beberapa contoh hadis da'if dan palsu yang direka-reka oleh musuh Islam termasuk para orientalis, diantaranya ialah:


i. "Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.

ii. "Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia
berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka
akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini Dhaif.

iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa
rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan : "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu!

footnote :
1. Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID


Kesimpulan :


Jadi, ust harap para pelajar sekelian jelas & faham tentang amalan2 di bulan Rejab. Bagi yang

ingin berpuasa, Ust amat menggalakkan! cuma jangan diniatkan kerana hari2 tertentu

seperti awal rejab, 10 rejab, akhir rejab & sebagainya...

Kalau bleh maintain pose isnin & khamis pun, kira ok lah tu!

Stakat ini dulu, SELAMAT MENGEJAR REDHA ALLAH MELALUI AMAL YANG SOLEH LAGI SAHIH & SENTIASA MENGIKUT PANDUAN NABI S.A.W DLM SETIAP PERKARA.

Wassalam.

No comments: