Thursday, December 27, 2007

Mencari Kebenaran..

Michael Majid Wolfe tertawan dengan
ibadat solat


Susunan ZUARIDA MOHYIN

“AGAMA kebenaran yang saya cari mestilah satu agama yang tidak mengabaikan aspek metafizik dan sains. Ia bukannya satu agama yang sempit dan susah untuk difahami.

Agama itu tidak memerlukan manusia perantara. Malahan, ia tidak menentang perkara tabii seperti seks.

“Dalam agama itu juga perlu ada ritual atau amalan harian agar kesedaran diri dapat dipertajamkan dan minda dapat didisiplinkan. Yang paling penting, saya perlukan kejelasan dan kebebasan dalam beragama kerana saya tidak mahu menggantikannya dengan dogma atau kepercayaan secara membuta tuli… Dan semakin saya mengkaji Islam, semakin saya menyedari bahawa inilah agama yang saya cari,” tegas pendirian pemenang Anugerah Wilbur 2003, Michael Majid Wolfe.

Kenyataan itu dipahat pada buku berjudul Taking Back Islam: American Muslims Reclaim Their Faith yang dikategorikan sebagai buku terbaik bertemakan keagamaan.

Hakikatnya, penonjolan beliau dalam dunia penulisan sama ada di media cetak mahupun media elektronik adalah kerjaya yang tidak dapat disangkal lagi. Antara buku-buku Majid Wolfe yang mendapat perhatian ialah The Hajj: An American’s Pilgrimage to Mecca (1993) dan One Thousand Roads to Mecca: Ten Centuries of Travelers Writing About the Muslim Pilgrimage (1997).

Majid Wolfe sedang menyiapkan novel berjudul, Just Look At You Now dan baru menamatkan jilid keempat puisi bertajuk, Digging Up Russia. Beliau sekali sekala menulis dalam sebuah laman web iaitu Beliefnet.

Pada April 1997, beliau pernah ke udara dari Mekah melaporkan perkembangan ibadah haji di televisyen ABC. Program ini memenangi Anugerah Media daripada Majlis Perhubungan Awam Muslim. Pada Februari 2003, beliau berkhidmat dengan CNN International dan menerbitkan dokumentari setengah jam mengenai ibadat haji.

Sementara pada 1999, Majid Wolfe membantu penubuhan sebuah institusi media pendidikan yang memfokus kepada usaha mempromosikan keamanan menerusi media Unity Productions Foundation (UPF). Pada 2002, UPF berjaya menerbitkan filem pertama berjudul, Muhammad: Legacy of a Prophet, sebuah dokumentari televisyen selama dua jam mengenai sirah hidup baginda Rasulullah s.a.w.

Filem di bawah tanggungjawab Majid Wolfe itu berjaya ditayangkan di siaran National Geographic International. Kerja keras beliau berbaloi apabila usaha getir beliau mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Khas Juri bagi Dokumentari Profesional Terbaik.

Pada tahun ini juga, Majid Wolfe berjaya menyiapkan pembikinan dua filem berjudul: Cities of Light: The Rise anda Fall of Islamic Spain yang ditayangkan pada Ogos lalu. Ia diikuti filem yang dipetik daripada sebuah kisah benar perjuangan pembebasan seorang putera dari Afrika yang diberi judul, Prince Among Slaves.

Majid Wolfe dilahirkan pada 3 April 1945 di Amerika Syarikat (AS). Ibunya ialah seorang Kristian dan bapanya seorang Yahudi. Natijah daripada perkahwinan campur itu, beliau berkesempatan mengenali agama Yahudi dan Kristian.

Pun begitu, kedua-dua agama itu tidak menarik perhatiannya. Agama Yahudi, baginya, amat menekankan tentang kaum yang terpilih (iaitu golongan Yahudi) dan pandangan ini tidak dapat beliau terima. Agama Kristian pula baginya diselimuti pelbagai misteri.

Beliau bukan sahaja seorang penyajak dan penulis malah Presiden serta Penerbit Eksekutif UPF. Selain itu, Majid Wolfe juga ialah pensyarah tetap terutamanya dalam menyampaikan ceramah berkaitan isu-isu Islam di beberapa buah universiti sekitar AS termasuk di Harvard, Georgetown, Stanford, SUNY Buffalo dan Princeton. Beliau merupakan pemegang ijazah pengajian klasik dari Universiti Wesleyan.

Pengetahuan beliau tentang agama Islam bermula selepas banyak melakukan pengembaraan dan menulis di utara dan barat Afrika. Itupun kerana menerima biasiswa daripada Amy Lowell Traveling Poets pada 1970. Sepanjang dua tahun itulah, Majid Wolfe melahirkan buku puisi How Love Gets Around and World your Own, buku fiksyen berjudul, Invisible Weapons dan buku kisah pengembaraannya, In Morocco.

Pada tahun 1980-an, beliau kembali beberapa kali ke utara Afrika dan selepas bergelar Muslim, beliau menunaikan ibadat haji pada 1990.

“Di Afrika, sesuatu yang tidak pernah berlaku di dalam hidup saya dapat dilihat. Ia sekali gus mencelikkan hati dan minda saya tentang kecantikan Islam, iaitu dalam Islam tidak timbul soal perbezaan warna kulit dan bangsa. Saya boleh berlaga bahu dengan pelbagai puak meskipun kami berbeza warna kulit dan bangsa seperti orang Arab, Berbers dan juga orang Eropah yang beragama Islam.

“Mereka tidak seperti yang diamalkan oleh masyarakat Barat yang terlampau fanatik dengan hal-hal berkaitan ras, warna kulit dan status sosial. Namun tanggapan umat Islam dalam hal ini jauh berbeza, kepercayaan dan tingkah laku mereka lebih dipandang. Di dalam Islam, Allah tidak melihat seseorang itu menerusi kekayaan, penampilan atau faktor luaran tetapi ketakwaan dan keimanan kepada Pencipta itulah yang lebih dipandang,” katanya faktor inilah adalah sesuatu yang unggul dan baru bagi dirinya.

Malah akui Majid Wolfe, kata-kata Malcolm X suatu waktu dulu kembali segar dalam ingatannya iaitu yang berbunyi, “Amerika mestilah memahami Islam, kerana inilah satu-satunya agama yang tidak membezakan sesuatu bangsa itu. Manusia itu semuanya sama di sisi Allah. Mereka yang beriman dan bertakwalah yang lebih di pandang oleh-Nya”.

Lantaran itu, Majid Wolfe kembali ke Maghribi pada 1981 dan 1985 kerana merasakan berada di sana banyak mengembalikan memori indahnya sepanjang mengenali masyarakat Islam di Afrika. Apatah lagi, mempercayai agama Islam itu tidaklah bermakna beliau terpaksa melepaskan kebudayaan lamanya, asalkan ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Selain itu, pengalaman menyaksikan umat Islam menunaikan solat meninggalkan kesan kerohanian di dalam dirinya. Sejak itu, lokasi kegemarannya bila bercuti ialah Maghribi dan kalau tiada berkemampuan, buku-buku tentang negara tersebut akan dibaca.

Akui Majid Wolfe, semakin beliau mempelajari tentang Islam, semakin beliau akur dengan dirinya sebelum ini.

Thanks & warmest regards

SYED MUHAMMAD

Sumber: JIM-PP@yahoogroups.com

Wednesday, December 12, 2007

Buat saudari sakiiinah,'hamba Allah', zaquan,nizam n belia remaja yg berminat..

Kecil tapak tangan, Nyiru KRJ tadahkan.
Ahlan bina..JOM!

Assalamualaikum wbt...
Salam perjuangan.


Salam perkenalan buat pelawat blog KRJ Penang n KRJ SPS sumer. Terima kasih ats sokongan dan kunjungan kalian. Tak sangka blog dakwah KRJ punya pengunjung yg setia.. Ana dok ingatkan blog camni hanya akan digemari golongan veteran remaja yg kadang2 seronok mengimbau gmbr2 kejayaan penganjuran prog2 KRJ Penang di merata2... (ye lah..veteran remaja perlu jg sesuatu utk dkenang n dijadikn pembakar semagt utk terus menggiatkan program islah@pembaikian ummah ini).

Apapn jazakallah skali lg atas sokongan kalian... kehadiran blog ni jg diharap dpt mendekatkn lagi Kelab Remaja JIM dengan masyarakat remaja dan belia yg punya kesedaran utk menjd soleh dan musleh (reformis ummah).

Ana sebenarnya tertarik dgn minat beberapa ikhwah dan akhawat utk join prog remaja JIM. antaranya saudari sakiiinah, 'hamba Allah', sdr. zaquan dan sdr. nizam.
Alhamdulillah..
Kecil tapak tangan, Nyiru kami tadahkan! Ahlan bina!
InsyaAllah...kami akan cuba libatkan kalian samada sebagai peserta ataupun fasi prog remaja yg akan datang. Sedutan dari chatting box..
nizam: Rasanya ada. Nizam boleh cari2 n contct depa.
11 Dec 07, 12:45
nik aufa to[nizam]: thanks akhi.. ada x agaknya member nizam y nak join sama??
11 Dec 07, 11:28
nizam: Saya duk di Permatang Tok Mahat, ni emel saya pek_em@yahoo.com
10 Dec 07, 21:52
nik aufa to[nizam]: t/jwb dakwah ni milik smua. Nizam dok d mana yer? Start thn depan kita nk giatkan lg prog remaja. InsyaA. kita bleh slg mbantu..bleh bg emel? tq
10 Dec 07, 21:50
nik aufa to[nizam]: alhamdulillah.. boleh!! mmg ummah perlukan tenaga muda sebagai pembela n agen Islah..pembaikan.
10 Dec 07, 14:54
nizam: bagaimana caranya untuk saya bekerjasama?
10 Dec 07, 14:54
nizam: Salam. Ustaz nik aufa, saya nak bertanya, bolehkah orang muda/belia seperti saya nak involve untuk sama-sama mengajurkan apa2 program untuk remaja?
n. aufa: to [sakiiinah]: ya..jgn keciwa la.. karisma n KRJ sama jer. Penggerak KRJ hampir 70% drpd karisma dan belia seumur dengan ukhti.
13 Dec 07, 07:56
abu atiyah: jgn kecewa sakiinah...ada program krj kami akan minta sakiinah bantu jadi fasi..insyaallah bagi nama dkt pengarah krj negeri
13 Dec 07, 01:34
sakiiinah: em time kasih u.n.aufa.. keciwa skit.. sb sy ingt nk join yg krj ni je wuwu.. nway tq bebyk ye...
9 Dec 07, 08:28
n. aufa: to [sakiiinah]: Bleh bhubung jg dgn ukhti Khairul Bariyah Azman 013-4731702 @ emel: cairol_que@yahoo.com
9 Dec 07, 08:25
n. aufa: to [sakiiinah]: Ya KRJ utk remaja shj. Utk student U, karisma.. bleh lawati - http://karisma.jim.org.my/
8 Dec 07, 23:41
sakiiinah: ouh yg krj ni tuk dak sek men je ke? em yg karisma tu ade site dia x? cemane nk join..
8 Dec 07, 21:28
n. aufa: to [sakiiinah]: program remaja kat penang ni..byk dpt bantuan rakan2 Ikhwah/t KARISMA USM la..bagus klu sakiiinah bleh join sama!
8 Dec 07, 21:26
n. aufa: to [sakiiinah]: hm..Student U rupanya.. utk pelajar U kita ada wadah yg namanya KARISMA.
8 Dec 07, 14:34
sakiiinah: em sy dok kt selangor tp belajar kt usm penang
8 Dec 07, 00:19
sakinah: testing
7 Dec 07, 15:41
n. aufa: to [sakiiinah]: boleh.. sakinah dok kat ner?
abdullah: assalam...ana pernah menjalani pogrem jim....mmg sronok..join reramai tau..
27 Nov 07, 20:23
hamba allah: kami kat cni trngn..tp x da pon knapa
27 Nov 07, 20:23
hamba allah: nape kat kulim x da jim

!! Akhi Nizam, ukhti sakiiinah n 'hamba Allah' macamana? Jom join kami??

Buat semua rakan2 yg b'minat, boleh tak berikan sedikit perincian@ pengenalan diri?
  • Nama penuh:
  • Kad Pengenalan:
  • Alamat:
  • No. h/p:
  • Universiti/sekolah:
  • Tahun/tingkatan:
@ lain2 maklumat yang boleh dikongsi. Bagi yg dah berkerjaya mcm abg nizam kita, bolehlah beri maklumat tambahan. Bidang tugas ke...@apa2 je lah. Manalah tau..bleh dikongsi kepakaran tu dgn adik2 yg lain..

(maklumat di atas boleh diemelkn ke : naufa03@yahoo.com)

Ikhwan sekelian,
Sejak pengaktifan semula blog KRJ ni, ada juga yg bertanyakan borang KRJ dan JIM. Hmm..satu perkembangan baik. InsyaAllah akan kita uruskan.
Tapi yg lebih kami hargai ialah ketulusan hati budi insan2 yg sudi menghulur tangan, berpadu azam, menawar kudrat utk sama2 bergandingan menyedarkan dan membela remaja permata agama, ummah & negara...

Untuk akhirnya.. terimalah... 'Bingkai kehidupan'

Monday, December 10, 2007

Wasiat As-Syahid Imam Hasan Al-Banna


Wahai angkatan pemuda!

Silaplah orang-orang yang menyangka kononnya angkatan
Islam ini ialah suatu kumpulan ‘Tok Lebai’ yang mengongkong diri di dalam ruangan sempit ibadat Islam yang hanya tertumpu kepada sembahyang, puasa, zikir dan tasbih sahaja.

Sebenarnya angkatan Islam yang pertama dahulu tidaklah memahami hakikat Islam dalam bentuk yang sempit seperti itu ;mereka juga tidak beriman dengan cara begitu; akan tetapi mereka itu beriman dengan Islam sebagai aqidah serta ibadat, sebagai tanahair dan kebangsaan, sebagai akhlak serta kebendaan, sebagai kebudayaan dan undang-undang serta toleransi dan kekuatan. Mereka yakin bahawa Islam itu adalah suatu sistem yang sempurna yang sesuai dengan segala bidang kehidupan dan mampu menyusun urusan dunia seperti mana ia menyusun urusan ke akhiratnya. Mereka yakin Islam itu sebagai suatu sistem yang mempunyai kedua-dua sudut amalan dan teorinya sekali.

Dengan keyakinan seperti itu maka Islam bagi mereka ialah agama dan negara serta Qur an dan pedang. Namun demikian mereka tidaklah pula lalai dari menunaikan urusan peribadatan mereka dan tidak culas menunaikan segala kefardhuan yang diwajibkan untuk Tuhan mereka. Mereka cuba sedaya upaya untuk mengelokkan lagi tata tertib solat. Mereka juga membaca kitab Allah serta berzikir kepada Allah menurut cara yang disur-uh oleh Allah dalam batas-batas yang ditentukan kepada mereka, tanpa mengada-ngada dan melampau-lampau, dengan tidak bermain-main di kulit luar dan tidak pula terlampau mendalam berlebih-lebihan.

Meskipun demikian namun mereka tetap, jua mengambil bahagian mereka dari keduniaan sekira-kira kadar yang tidak, merosakkan akhirat mereka ; mereka beramal dengan firman Allah yang mafhumnya: (surah Al - A raf : 32)

Katakanlah : ‘Siapakah pula yang mengharamkan perhiasan Allah yang diberikannya kepada hamba-hambanya dan juga rezeki yang baik-baik itu ?

Friday, December 7, 2007

Tazkirah

Hiburan boleh... tapi..


Asalamualaikum wbt..

Apa habaq remaja2 SPS semua? Buat aktiviti apa dlm cuti nih? Ust harap ramai yg mengisi masa lapang dgn bende2 yg berfaedah. Main bola, memancing, bjalan rmh sanak sedare, pi shopping, makan angin dgn family...atau ape2 jelah. Bg yg pompuan,jgn lupa amik peluang ni blajaq memasak dgn mak. Ust tgk,akhir zaman ni, org pompuan x minat ke dapur. Smpai kekok bila pgg kuali n periuk.. Menu istimewa takat..maggi special n telor goreng hancur jer! alahai...

Tahun lepas ms ujian PAFA, ust byk soal pelajar ttg jasa bakti pada ibu.. semua kata ok. tapi bila tanya berapa kali tolong mak masak dlm setahun..? [erm..bleh agak la kot jawapnnya mcmane..] hmm..tp bkn semua la camtu, ade jg sorang dua yg pakar tomyam dan kari. 20 minit ujian PAFA pun x ckp. Drpd tumis bwg smpai nak serve mkn pun cerita.. 'A' lah tu!

Ust satu je risau tabiat musim cuti sekolah ni... tidur gajah! berat nak bangun...takut jg kalau ade yg ttinggal subuh. Ada remaja yg sampai ust kena tepon gerak...baru bangun solat. Bila ditanya pasai apa??? katanya tidur lewat main games n dengar lagu...! aduh..mamat jiwang!! mana jiwangmu pada Sang Pencipta??

Yang lain camaner? jgn dok dgr lagu jer seharian masa cuti ni. Ust jumpa pelajar cina seri nibong dok menjual kain kat pasar tani jam 7.30 pagi!! agak2nya yg melayu dok buat apa yer??

Oklah... byk plak cakap pg ni. Mari kita dengar plak sedikit tazkirah ttg hiburan drpd Sohibul Samahah Tuan Mufti Negeri Perlis 'Dr Mohd Asri Zainal Abidin'.

Thursday, December 6, 2007

Foto KRJ

MEMORI INDAH 3R DI USM TRANSKERIAN..

Assalamualaikum wbt.

Di sini ana uploadkan pula koleksi gambar program 3R KRJ SPS pada Ramadhan yg lalu untuk tatapan ikhwah/t dan para remaja harapan ummah sekelian. Lama dah nk cuba uploadkan di sini. Tp skrg baru diberi kesempatan.. Mudah2an 3R yg akan dtg lebih baik dari tahun ini.. InsyaAllah!

Jutaan terima kasih tak terhingga pada barisan penceramah dr JIM SPS.. Dr Rizal, Dr Roslan dan akhi Shaufiq. Kupasan mengenai Syahadah, Palestin dan KRJ menjadi buah mulut pelajar/remaja Seri Nibong.. PKHEM Cg Dziauddin Mat Saad juga melahirkan hasrat agar prog ini diteruskan pada masa akan datang. Wajib! katanya... alhamdulillah..

Sila KLIK pada gambar u paparan yg lebih jelas..

Ust Yusuf [Pengarah Pusat Islam USM Transkerian] merasmikan Prog 3R 1428H


'Syoknya Ramadhan!' - memang syok apatah lagi teringat telatah lucu
dan mencuit hati Ust Syukri...



Slot pertama - 'Syoknya Ramadhan' berjaya membuka 'selera' peserta
utk mgikuti prog penghayatan y sterusnya..


Serius jer nampak..

membincangkan masalah ummah kot..


'Ramadhan kami..ramadhan mereka' bagai langit & bumi..


5 minit lg..lamanyer!


Akt. dalam kump...

Ust Zul menyampaikan Slot 'Nuzul Quran'.. ehm..yg 1 lg tu gmbr remaja yg khusyu' m'dgr!

'bolehkah adik2 percaya..kasut yg terhias cantik di kedai terjadi dgn sendirinya?'
Kenapa kita percaya ia ada penciptanya sedangkan kita tidak melihat pun sipakah dia???

Dah ready utk tinggal jahiliyyah dengan bbekal semangat syahadah???

Seia..sekata..

Penangan senaman 'Ruhul Jadid'

Dr Roslan menyampaikan syarahan.. Selamatkan Palestin!!!


Mesy. pengerusi2 majlis



Remaja L&P tekun mendengar syarahan Palestine dari Dr Roslan

sepenuh tumpuan..

Inilah sejarah PENDATANG Yahudi yg kini mjadi tuan di Tanah Suci Umat Islam

Abg Shaufik memperkenalkan Kelab Remaja JIM [KRJ]..Jom Join!

hmm.. ceria nampak

abg kat depan ni tengok ke mana tuh?


ada sapa2 nama syafiq kat sini??


PK HEM Cg Dziauddin dan barisan warden hadir tanda sokongan..terima kasih!


1..2..3.. Allahumma lakasumtu...


Ha.. Sarasa n Sarala pun nak buka puasa!


bersedia utk makan...


alhamdulillah...sejuk perut ibu mgandung tgk anak baca quran..

Zakwan n Caon memperdengarkan bacaan..

Bacaan Yaasin beramai-ramai

nampak kesolehannya...

Tazkirah Ramadhan oleh 'Penceramah Jemputan'!