Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Monday, December 10, 2007

Wasiat As-Syahid Imam Hasan Al-Banna


Wahai angkatan pemuda!

Silaplah orang-orang yang menyangka kononnya angkatan
Islam ini ialah suatu kumpulan ‘Tok Lebai’ yang mengongkong diri di dalam ruangan sempit ibadat Islam yang hanya tertumpu kepada sembahyang, puasa, zikir dan tasbih sahaja.

Sebenarnya angkatan Islam yang pertama dahulu tidaklah memahami hakikat Islam dalam bentuk yang sempit seperti itu ;mereka juga tidak beriman dengan cara begitu; akan tetapi mereka itu beriman dengan Islam sebagai aqidah serta ibadat, sebagai tanahair dan kebangsaan, sebagai akhlak serta kebendaan, sebagai kebudayaan dan undang-undang serta toleransi dan kekuatan. Mereka yakin bahawa Islam itu adalah suatu sistem yang sempurna yang sesuai dengan segala bidang kehidupan dan mampu menyusun urusan dunia seperti mana ia menyusun urusan ke akhiratnya. Mereka yakin Islam itu sebagai suatu sistem yang mempunyai kedua-dua sudut amalan dan teorinya sekali.

Dengan keyakinan seperti itu maka Islam bagi mereka ialah agama dan negara serta Qur an dan pedang. Namun demikian mereka tidaklah pula lalai dari menunaikan urusan peribadatan mereka dan tidak culas menunaikan segala kefardhuan yang diwajibkan untuk Tuhan mereka. Mereka cuba sedaya upaya untuk mengelokkan lagi tata tertib solat. Mereka juga membaca kitab Allah serta berzikir kepada Allah menurut cara yang disur-uh oleh Allah dalam batas-batas yang ditentukan kepada mereka, tanpa mengada-ngada dan melampau-lampau, dengan tidak bermain-main di kulit luar dan tidak pula terlampau mendalam berlebih-lebihan.

Meskipun demikian namun mereka tetap, jua mengambil bahagian mereka dari keduniaan sekira-kira kadar yang tidak, merosakkan akhirat mereka ; mereka beramal dengan firman Allah yang mafhumnya: (surah Al - A raf : 32)

Katakanlah : ‘Siapakah pula yang mengharamkan perhiasan Allah yang diberikannya kepada hamba-hambanya dan juga rezeki yang baik-baik itu ?

Friday, December 7, 2007

Tazkirah

Hiburan boleh... tapi..


Asalamualaikum wbt..

Apa habaq remaja2 SPS semua? Buat aktiviti apa dlm cuti nih? Ust harap ramai yg mengisi masa lapang dgn bende2 yg berfaedah. Main bola, memancing, bjalan rmh sanak sedare, pi shopping, makan angin dgn family...atau ape2 jelah. Bg yg pompuan,jgn lupa amik peluang ni blajaq memasak dgn mak. Ust tgk,akhir zaman ni, org pompuan x minat ke dapur. Smpai kekok bila pgg kuali n periuk.. Menu istimewa takat..maggi special n telor goreng hancur jer! alahai...

Tahun lepas ms ujian PAFA, ust byk soal pelajar ttg jasa bakti pada ibu.. semua kata ok. tapi bila tanya berapa kali tolong mak masak dlm setahun..? [erm..bleh agak la kot jawapnnya mcmane..] hmm..tp bkn semua la camtu, ade jg sorang dua yg pakar tomyam dan kari. 20 minit ujian PAFA pun x ckp. Drpd tumis bwg smpai nak serve mkn pun cerita.. 'A' lah tu!

Ust satu je risau tabiat musim cuti sekolah ni... tidur gajah! berat nak bangun...takut jg kalau ade yg ttinggal subuh. Ada remaja yg sampai ust kena tepon gerak...baru bangun solat. Bila ditanya pasai apa??? katanya tidur lewat main games n dengar lagu...! aduh..mamat jiwang!! mana jiwangmu pada Sang Pencipta??

Yang lain camaner? jgn dok dgr lagu jer seharian masa cuti ni. Ust jumpa pelajar cina seri nibong dok menjual kain kat pasar tani jam 7.30 pagi!! agak2nya yg melayu dok buat apa yer??

Oklah... byk plak cakap pg ni. Mari kita dengar plak sedikit tazkirah ttg hiburan drpd Sohibul Samahah Tuan Mufti Negeri Perlis 'Dr Mohd Asri Zainal Abidin'.