Monday, December 15, 2008

TERKINI!

Salam. Dimaklumkan program terkini dan terhebat tahun ini dari KRJ dan Team KBM.

'KEINDAHAN BERSAMAMU'

Keindahan Dengan Allah, Keindahan Dengan Rasul, Keindahan Dengan Ibubapa,
Keindahan Dengan Sahabat

Akan diadakan Pada:

20-21 Disember 2009
di Masjid Seb. Jaya

(Pendaftaran berakhir pada 17 Disember 08, Ayuh Cepat!)
Yuran hanya RM 35 Memang Berbaloi!

Maklumat lanjut, sila klik pada broshure yg dilampirkan.

Bagi yang berminat, sila berikan nama penuh, no. K/P dan phone no. pada
Ust Nik (019-9231622) dengan kadar segera.

KLIK pada image untuk paparan yg lebih besar.




Komen peserta

Bismillahirahmanirahim...

Ya Allah...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
ku panjatkan kesyukuranku padamu
Ya Allah...

ikatan ini, kenangan ini,keimananku ini
keinsafan ini,membuatkan hati jatuh cinta
padamu,jatuh hati pada pekerti rasul kekasihmu Ya Allah

Ya Allah beratnya hatiku
meninggalkan taman syurgamu Ya Allah.

Ya Rahman , Ya Rahim,
kekalkan kecintaanku ini
suburkan keimanan,kasih sayang ini
ke akhir hayatku,hingga ke hadapanmu Ya Allah

YA ALLAH... SUBHANALLAH.
YA ALLAH... SUBHANALLAH.

ALLAH...HU...AKBAR....

****************************************************

Bismillahirahmanirahim.....

Program ini cukup bagi saya dan telah menyedarkan diri saya
dari yang saya tidak menyedari betapa banyak yang dosa yang
saya lakukan.

Dan juga telah menginsafkan diri saya dari melakukan kesilapan.
Insyallah saya akan belajar tidak ulangi kesilapan yang saya
lakukan.

Dan juga dapat mengeratkan silaturrahim.

Layak mendapat lima bintang.

Teruskan lagi dengan jaya.Tahniah!!

****************************************************

-Dapat pengalaman yang baru.

-Mengenali dan menambah kenalan baru.

-Salah satu cara untuk membuatkan perubahan
yang baru.

-Membina ukhuwah yang cemerlang,ceria dan
solehah.

-Menyeronokkan sangat-sangat kerana setiap apa
yang di atur oleh faci tidak membosankan.

-Dapat menghilngkan tekanan yang terpendam.

-Faci yang sangat baik,peramah dan
bertanggungjawab.
“TERIMA KASIH BNYK2 KPD SEMUA FACI2 KERANA
TIDAK JEMU2 MELAYAN MCM2 KERENAH KAMI”

-GOOD LUCK, TAKE CARE, SEE YOU AGAIN.

(Bee_yaya89@yahoo.com)

****************************************************

Nama: Amirah Nadiah Bt Mohd Rifaie

1. Sebelum datang ke program KBM ini,ramai yang cakap,
best giler,tak rugi kalau datang. Ternyata kenyataan itu benar.
memang best giler dan menepati. Tambahan pula, enjoy dan relax.

2.Dapat kenal kawan-kawan baru.Menjalinkan ukhuwah yang baik
dalam masa yang singkat.

3.Program yang manarik, menepati dengan jiwa kami yang dalam
proses menjadi muslimah sejati.

4.Fasilatator yang baik,bekerjasama.....

5.Aktiviti dan masa tidak terlalu penat dan tidak di paksa sangat.

6.Aktivti menarik,menyedarkan saya dan kawan-kawan yang leka
dengan dunia.

****************************************************
KENANGAN BERSAMAMU :> (KBM)

-kali pertama kulihat darimu,tak pernah terlintas
di benak fikiranku apa yang cukup menarik
tentang dirimu.Aku hanya mengenali namamu
saja tetapi tidak tahu apa kelebihan dirimu

-sejak ku mula mengenal dirimu,aku rasa
kau begitu pelik.kau tak sama seperti yang
lain.Dengan caramu yang sedikit kebudak-
budakkan,ak ,mula jemu.Tapi lain yang
kurasa bila semakin lama kukenalimu

-kepelikan dirimu membuatku tertawa,menangis,
dan lain-lain.kau sungguh istimewa.Biarpun
kau tak dikenali orang lain tapi kau cukup
istimewa buat dariku.Aku berasa sungguh
beruntung kerana terpilih untuk mengenalimu

-Hari ini aku terpaksa meninggalkanmu.
Harap maaf.Terima kasih atas segalanya.
ku harap dapat bertemu semula degan
dirimu.segala kenangan akan sentiasa
di memoriku.I LOVE U,KBM!!!

Friday, November 7, 2008

FOTO Smart Solah di ILP..

Salam semua..



Diuploadkan di sini beberapa keping foto kenangan prog Smart Solah@Tahsin Solah yg diadakan di Surau ILP baru2 ini. Program yg dihadiri oleh seramai 120pelajar ILP dimulai dengan ceramah-praktikal solat cara Nabi saw yg disampaikan oleh Ust Nik Aufa. Diikuti selepasnya dengan bengkel yang dikendalikan oleh Ust2 & Ustazah2 dari SPS.

Modul Smart Solah yg disampaikan adalah berdasarkan Modul Smart Solah KRJ SPS. Sekian.













Saturday, November 1, 2008

Assalammualaikum

Program KEINDAHAN BERSAMA MU Versi Belia

TERBUKA untuk SESIAPA yang berminat (Umur>20tahun & telah tamat belajar/ sudah bekerja)

"BELIA MEMBANTU HARI ESOK"

akan diadakan pada

29 & 30 November 2008

di

Damai Park Resort,Merbok, Kedah

Yuran Pendaftaran

RM 80

Komen peserta

Bismillahirahmanirahim...

Ya Allah...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
ku panjatkan kesyukuranku padamu
Ya Allah...

ikatan ini, kenangan ini,keimananku ini
keinsafan ini,membuatkan hati jatuh cinta
padamu,jatuh hati pada pekerti rasul kekasihmu Ya Allah

Ya Allah beratnya hatiku
meninggalkan taman syurgamu Ya Allah.

Ya Rahman , Ya Rahim,
kekalkan kecintaanku ini
suburkan keimanan,kasih sayang ini
ke akhir hayatku,hingga ke hadapanmu Ya Allah

YA ALLAH... SUBHANALLAH.
YA ALLAH... SUBHANALLAH.

ALLAH...HU.. .AKBAR... .

************ ********* ********* ********* ********* ****

Nama: Amirah Nadiah Bt Mohd Rifaie

1. Sebelum datang ke program KBM ini,ramai yang cakap,
best giler,tak rugi kalau datang. Ternyata kenyataan itu benar.
memang best giler dan menepati. Tambahan pula, enjoy dan relax.

2.Dapat kenal kawan-kawan baru. Menjalinkan ukhuwah yang baik
dalam masa yang singkat.

3.Program yang manarik, menepati dengan jiwa kami yang dalam
proses menjadi muslimah sejati.

4.Fasilatator yang baik,bekerjasama. ....

5.Aktiviti dan masa tidak terlalu penat dan tidak di paksa sangat.

6.Aktivti menarik,menyedarkan saya dan kawan-kawan yang leka
dengan dunia.

Aktiviti Terkini


Ceramah Kesihatan kali ke-3 2008

Alhamdulillah, pada 30 Oktober 2008, satu ceramah kesihatan remaja wanita telah diadakan di Dewan Mini, SMK Tunku Abdul Rahman. Pengisian hampir sama dengan program sebelum ini, cuma ia melibatkan pelajar-pelajar perempuan sahaja.


Semoga mendapat manfaat dari ceramah yang disampaikan itu!

Thursday, October 30, 2008

Aktiviti Terkini

Ceramah Kesihatan Seksual Remaja


Alhamdulillah, pada 29 Oktober 2008, satu ceramah kesihatan remaja berpandukan MODUL KESIHATAN REPRODUKSI KELAB REMAJA JIM telah diadakan di Dewan Serbaguna Jawi sempena Pertandingan Akhir Kiuz Kesihatan Peringkat Negeri. Wakil pelajar yang terdiri dari pelbagai kaum dari 7 sebuah sekolah di daerah Seberang Perai Selatan telah hadir untuk mendengar ceramah. Tidak ketinggalan pegawai2 dari Pejabat Pelajaran Daerah, pegawai polis dari IPD Jawi dan guru2 pengiring.
Ceramah yang disampaikan menyentuh dengan mendalam tentang kesihatan seksual remaja, gejala sosial dan penyelesaian berpandukan kepada AlQuran & Sunnah. Juga disentuh tentang kesihatan pemakanan remaja.

Pelajar memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang ceramah dan kesemua 15 soalan yang diajukan semula selepas ceramah dapat dijawab dengan baik. Semoga semua yang hadir mendapat sesuatu yang berguna dari ceramah tersebut dan mengamalkannya dlm kehidupan harian.

Saturday, September 20, 2008

3R KRJ SPS

3R - REMAJA RAIKAN RAMADHAN 1429H KRJ SPS
melabuhkan tirai dengan jayanya...


Terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan prog 3R di USM Kampus Kejuruteraan (pada 19-20 Ramadhan 1429H) samada sec langsung atau tidak langsung termasuk Pihak Pusat Islam USM Transkrian, KRJ SPS, YDP n ikhwah/t JIM SPS, PKHEM SMKSN, Warden2 asrama, Guru-guru, Para Fasi Naqib n Naqibah seterusnya 134 orang peserta yang begitu bersemangat mengikuti prog dari awal sehingga ke detik akhir..

Abang2 n Kakak2 Fasilitator yg memang komited sepanjang prog berlangsung.. Tahniah n terima kasih daun keladi! =)
Tak ketinggalan.. Abang2 senior yg turun membantu.. Jazakumullah khairan kathira!

SEKILAS PANDANG...

Antara pengisian program ialah:

  1. Tadarus al-Quran : Surah al-Insan & al-Shams
  2. Solat Tarawih
  3. Qiamullail
  4. Slot 1: Tazkirah : 'Syoknya Ramadhan!'
  5. Slot 2: 'Aduh sayang!' - penekanan aspek ukhuwwahfillah
  6. Slot 3: 'Andai ku tahu..' - sakaratul maut dan muhasabah amalan
  7. Slot 4: 'Demi Matahari' - tazkirah subuh beserta nyanyian lagu 'demi matahari'
  8. Slot 5: Senaman 'Ruhul Jadid' & 'Chicken Dance'
  9. Slot 6: 'Aku anak Islam!'
  10. Slot 7: 'Aku Insan Cemerlang!'
  11. 'Campus walk'






Andai ku tahu...





'Aduh sayang!'








FOTO2 lain akan diupload dr semasa ke semasa...

KOLEKSI VIDEO 3R..

Teman Sejati



Chicken Dance


Saturday, August 30, 2008

FOTO :
WARNA WARNI MAJLIS PENUTUP
KEM GENERASIKU'08


Salam, sedikit perkongsian foto di Majlis Penutup Kem Generasiku'08 anjuran KRJ Penang. 3 org remaja mewakili SPS ke kem tersebut. Mereka ialah Ariff, Zakry dan Nabila. Tahniah kerana berjaya mengikuti program ini sepenuhnya! Bagi remaja lain yg tak berkesempatan, InsyaAllah kita bertemu di lain masa..


Suasana yg benar2 mengujakan..

Penyampaian hadiah kepada pemenang EXPLORACE



Ucapan penutup

'perpisahan..'

Abg Fasi

Salam Ukhuwwah.. moga ketemu lagi



makan dulu sebelum pulang... wah! makan dlm talam tau!
makin terasa kasih sayang antara kita..

Wakil SPS



menuju jalan pulang..

Mohon maaf kerana tiada koleksi gambar aktiviti dengan ana. Mungkin ikhwah yg ada lain2 gambar boleh tolong upload untuk tatapan adik2 remaja kita.
Wassalam

Nik Aufa