Monday, December 10, 2007

Wasiat As-Syahid Imam Hasan Al-Banna


Wahai angkatan pemuda!

Silaplah orang-orang yang menyangka kononnya angkatan
Islam ini ialah suatu kumpulan ‘Tok Lebai’ yang mengongkong diri di dalam ruangan sempit ibadat Islam yang hanya tertumpu kepada sembahyang, puasa, zikir dan tasbih sahaja.

Sebenarnya angkatan Islam yang pertama dahulu tidaklah memahami hakikat Islam dalam bentuk yang sempit seperti itu ;mereka juga tidak beriman dengan cara begitu; akan tetapi mereka itu beriman dengan Islam sebagai aqidah serta ibadat, sebagai tanahair dan kebangsaan, sebagai akhlak serta kebendaan, sebagai kebudayaan dan undang-undang serta toleransi dan kekuatan. Mereka yakin bahawa Islam itu adalah suatu sistem yang sempurna yang sesuai dengan segala bidang kehidupan dan mampu menyusun urusan dunia seperti mana ia menyusun urusan ke akhiratnya. Mereka yakin Islam itu sebagai suatu sistem yang mempunyai kedua-dua sudut amalan dan teorinya sekali.

Dengan keyakinan seperti itu maka Islam bagi mereka ialah agama dan negara serta Qur an dan pedang. Namun demikian mereka tidaklah pula lalai dari menunaikan urusan peribadatan mereka dan tidak culas menunaikan segala kefardhuan yang diwajibkan untuk Tuhan mereka. Mereka cuba sedaya upaya untuk mengelokkan lagi tata tertib solat. Mereka juga membaca kitab Allah serta berzikir kepada Allah menurut cara yang disur-uh oleh Allah dalam batas-batas yang ditentukan kepada mereka, tanpa mengada-ngada dan melampau-lampau, dengan tidak bermain-main di kulit luar dan tidak pula terlampau mendalam berlebih-lebihan.

Meskipun demikian namun mereka tetap, jua mengambil bahagian mereka dari keduniaan sekira-kira kadar yang tidak, merosakkan akhirat mereka ; mereka beramal dengan firman Allah yang mafhumnya: (surah Al - A raf : 32)

Katakanlah : ‘Siapakah pula yang mengharamkan perhiasan Allah yang diberikannya kepada hamba-hambanya dan juga rezeki yang baik-baik itu ?

No comments: