Thursday, October 30, 2008

Aktiviti Terkini

Ceramah Kesihatan Seksual Remaja


Alhamdulillah, pada 29 Oktober 2008, satu ceramah kesihatan remaja berpandukan MODUL KESIHATAN REPRODUKSI KELAB REMAJA JIM telah diadakan di Dewan Serbaguna Jawi sempena Pertandingan Akhir Kiuz Kesihatan Peringkat Negeri. Wakil pelajar yang terdiri dari pelbagai kaum dari 7 sebuah sekolah di daerah Seberang Perai Selatan telah hadir untuk mendengar ceramah. Tidak ketinggalan pegawai2 dari Pejabat Pelajaran Daerah, pegawai polis dari IPD Jawi dan guru2 pengiring.
Ceramah yang disampaikan menyentuh dengan mendalam tentang kesihatan seksual remaja, gejala sosial dan penyelesaian berpandukan kepada AlQuran & Sunnah. Juga disentuh tentang kesihatan pemakanan remaja.

Pelajar memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang ceramah dan kesemua 15 soalan yang diajukan semula selepas ceramah dapat dijawab dengan baik. Semoga semua yang hadir mendapat sesuatu yang berguna dari ceramah tersebut dan mengamalkannya dlm kehidupan harian.

No comments: