Saturday, July 19, 2008

USRAH KRJ SPS

Usrah KRJ SPS..

USRAH KRJ SPS diadakan pada setiap malam Jumaat. Ianya setakat ni melibatkan 235 pelajar asrama SMK Seri Nibong dalam 30 kumpulan usrah. Setiap kumpulan dipimpin oleh 2 org naqib/ah. Naqib/ah dibimbing pula oleh Ust Nik n Dr Aida dalam kumpulan usrah teras*.

Format Usrah merangkumi:
  1. Tilawah/ Hafazan al-Quran
  2. Tafsir
  3. Asas Aqidah Islam
  4. Ibadah
  5. Sirah
  6. Mutabaah amal
  7. 'Duniaku dalam seminggu..'
  8. 'Luahan hati'
  9. Doa rabithah
(perkara 3-5 digilirkan mengikut minggu)

*p/s: Sesiapa yg berminat membantu kami memimpin usrah remaja.. amat2 dinanti & dialukan. Buat masa ini, kami terpaksa membawa usrah lbh kurang 30 naqib dan 30 naqibah.

Sedikit Catatan & Foto Usrah Terkini.. 17 julai 2008

'Yakin pd Rasulullah macam SUMAYYAH!'

Bismillahirrahmannirrahim...

Alhamdulillah,
Malam Jumaat yg lalu..kita dah sama2 menghadamkan kisah pengorbanan syahidah pertama dalam Islam.. Sumayyah.. dan semua ahli USRAH siap menyanyikan lagu Sumayyah dgn penuh syahdu..

Memang semangat!

Ust harap, semangat kecintaan pada Sumayyah itu kekal dan sama2lah kita meneladani beliau!
Apapun.. sepanjang perbincangan kita, Ust rasa yg plg menarik ialah kejituan semangat Sumayyah dan keyakinannya pada Rasul tercinta.


Ketegaran cintanya pada Rasul mengingatkan ust pada lagu Hijrah nyayian Nowseeheart. (w/p beliau tak sempat berhijrah bersama Nabi s.a.w, tetapi semangat hijrah ke arah kebenaran dan meletakkan jauh karat2 jahiliyyah amat terserlah)


"Mereka tak punya apa
Harta sanak saudara..
Tetapi mereka percaya
Hanya janji Rasulnya.."

Memang sangat touching lirik lagu ni. Bila terbayang balik mcm mana Sumayyah berdepan dengan puak kuffar yg menyeksanya...aduh! Terasa kerdilnya diri yg berIMAN tanpa diuji. BerIMAN dalam senang..

Para sahabat Rasulullah pula, waktu hijrah tu sanggup tinggalkan family n harta..
Kalau nak dibayangkan, macamla..tetiba ada seseorang yang kata :

"
Ok..kawan2, marilah kita pindah dari Malaysia. Tinggalkan semua harta2 dan keluarga yg ada. Bawa pakaian yg perlu je. InsyaAllah ada ganjaran pahala yg besar di sana!".

Ha camana? Pk 2-30 kali gakla kan dibueknya!

Tapi keyakinan para sahabat ni memang mengaggumkan! Yang kaya sanggup tinggalkan
harta mereka semata2 mencintai Allah & Rasulnya.

Kita zaman skang ni? Brp ramai yg percaya pada janji Rasul kita sebagaimana Sumayyah n sahabat2 Rasul yg len? Kadang2 kita ni pandai je kata "cinta pada Rasul"..tapi bile nak suruh buktikan..susah la pulak kan?

Pakaian tak tup aurat
Perkataan buruk n lucah jd mainan bibir
Tingkahlaku kasar

Nape yer????

Ya Allah, jadikanlah aku sehebat Sumayyah!






GAMBAR sekitar akt Usrah..






















Usrah Champions League (UCL) 08

KEDUDUKAN MATA PASUKAN BERTANDING : [FUTSAL]

TEAM

P

M

K

S

J

B

MT

ISLAMIC CENTRE

1

1

0

0

4

0

3

FAAROQ UNITED

1

1

0

0

4

1

3

REAL MUSLIM UNITED

1

1

0

0

3

1

3

HIZBULLAH

1

1

0

0

2

0

3

HASAN AL-BANNA

1

1

0

0

2

1

3

FISABILILLAH

1

0

0

1

1

1

1

JIHAD

1

0

0

1

1

1

1

KHALIFAH AL-RASYIDIN

1

0

1

0

1

2

0

MUSLIM FIGHTER

1

0

1

0

0

2

0

ASADULLAH FC

1

0

1

0

1

3

0

AL-HAFIZ FC

1

0

1

0

1

4

0

ABABIL FC

1

0

1

0

0

4

0


FOTO MENARIK :


Bertempat di Tapak Perhimpunan SMKSN, UCL 08 telah pun dilancarkan. Sebanyak 15 kump usrah [L] mula berentap mengejar mahkota kejuaraan liga Futsal UCL 08. Manakala lebih 15 kump usrah [P] (yg digabungkan) bakal merebut tangga teratas Liga Bola Jaring UCL 08.


Pelancaran dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pulau Pinang dan lagu 'Ar-Ruhul Jadid' dengan penuh semangat. Kemudian diteruskan dengan sedikit ucapan Ust Nik Aufa dan 'Abg Zaquwan' serta 'Abg Najib'. Ianya kemudian diikuti dengan lambungan bola sbg simbolik pelancaran.



Bola tersebut yg disambut oleh 'along' (Azizi Razali) melayakkannya membuka sampul 'tazkirah pagi' seraya membacakannnya sebelum kump yang bertanding diasingkan utk meneruskan perlawanan liga. Tazkirah yg disampaikan bertajuk 'Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita'.

Berikut adalah foto2 sepanjang pusingan pertama UCL 08..





Klik untuk perbesar foto2 berikut..







Terkini!

Smart Solah [1] 2008 berlangsung dengan jayanya!

Assalamualaikum wbt.
Dimaklumkan Program Smart Solah yang dijalankan berpandukan modul 'Smart Solah KRJ SPS' telah berjaya diadakan pada malam hari Jumaat yang lalu.

'Kekok' jg rasanya nak takbir..

Program yang diikuti oleh seramai 130 orang remaja perempuan bermula sebaik sahaja solat Maghrib dan berakhir hampir jam 11.30 malam. Antara pengisian aktiviti ialah Tayangan Slideshow & Video mengenai kematian, Ceramah 'Smart Solah' oleh Ust Nik M. Aufa dan praktikal oleh kesemua peserta mengikut kump usrah.

Ingat.. Tapak tangan mesti menghadap kiblat. Tangan pula kena sejajar dgn bahu.
Tangan letak betui2.. mata mesti tgk tempat sujud!
Haa.. kan nampak sopan tuh..

Smart Solah [2] akan menyusul minggu hadapan. kali ini akan melibatkan pula remaja lelaki. Diharap semua peserta boleh memberi kerjasama yang baik.

Akhir kata, terima kasih pada semua yg telah bersama menjayakan prog ini. Moga Allah merekod amal ini sbg amal pahala yg akan diganjariNya di 'sana'!

Kepada peserta yang sudah melalui prog ini.. secebis pesanan, 'Solatlah cara Nabi, moga sentiasa solat dalam hidup dan hidup dalam solat !'.

Wassalam.

No comments: