Saturday, February 9, 2008

Memori Indah..

HIJRAH X-PLORACE 1429H KRJ SPS..

Assalamualaikum wbt,

Sedikit catatan berkaitan program Hijrah X-Plorace 1429H anjuran KRJ SPS dan Lajnah Seruan Rabbani [LASER]
Pada 23 Januari 2008 yg lalu, telah berlangsung satu program yang disusun sempena menyambut Maal Hijrah 1429H. Program ini menggabungkan pendidikan ruhiah dan jasmaniah serentak pada satu masa.

Penyertaan keseluruhan seramai 235 peserta yang dipecahkan kepada 25 kumpulan. Program ini dijalankan dalam 2 sesi.
Jam 7.45 - 12.30 tgh (peserta perempuan)
2.00ptg - 5.30ptg (peserta lelaki)

Antara check-point menarik untuk akt. ini ialah :

  1. 'Touching U Knowing U' - mengajar erti ukhuwwah
  2. 'The Guidance' - hadith mencegah kemungkaran dipotong2 dan disorokkan. Peserta perlu menyalin dari pelbagai lokasi dan mencantumkannya menjadi hadis yg sempurna. Peserta juga perlu menterjemah hadis tersebut serta memberi cadangan aplikasi hadis dalam kehidupan.
  3. 'Spider Web' - Strategi menghadapi cabaran.
  4. 'Dugong' - ukhuwwah mampu mengatasi kesukaran.
  5. 'Audition' - Peserta sec. berkumpulan diminta menyanyikan lagu 'ruhul jadid' dan menjawab soalan kuiz berkaitan 'hiratun Nabi'
  6. 'People in Paper' - Strategi dan team building
  7. 'Japan Bridge' - menguji keakraban dan pengorbanan
  8. 'Kasih Rasul' - peserta mangalunkan nasyid2 berkaitan Nabi/ sahabat & lagu anak Nabi kita.
  9. 'Komander Pencen' - melatih remaja menyampaikan maklumat sahih seterusnya mengimbau kesukaran Islam sampai di tangan mereka
  10. 'Diving in Red Sea' - melatih remaja patuhi arahan, sedia berkorban demi sahabat dan menggalas tanggungjawab menjamin kemenangan.
* Setiap check-point diakhiri dengan sesi tazkirah dan perbincangan.
* Check-point 1/2/3/4/6/7 telah pun dipraktiskan di 'Karnival Remaja' di bawah seliaan Mejar dulu. Cuma kami alter sikit jer. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan jaya.

Terima kasih kepada semua yang terlibat sec. langsung dan tak langsung terutama kepada Isteri, Ustazah2 Seri Nibong, Warden dan naqib serta naqibah yg bertindak sebagai fasilitator.
Moga Allah membalasi jasa kalian. Amin
DISERTAKAN DI SINI 'MEMORI INDAH' SEKITAR HARI HIJRAH X-PLORACE 1429H..

HIJRAH X-PLORACE 1429H [L]


SLIDESHOW HIJRAH X-PLORACE 1429H (P)



[BAGI SESIAPA YG NAK SAVE/MUAT TURUN GAMBAR: 'Sila klik pada gambar yg ingin disimpan, kemudian.. 'right click' & pilih 'save image as'... ha..semudah itu,jadi jadikanlah gambar memori Hijrah X-plorace 1429H sbg koleksi peribadi anda!]
BEBERAPA GAMBAR SEKITAR HIJRAH XPLORACE 1429H

C.P. MENCARI HADITH NABI SAW YG TSEMBUNYI..
KAKAK2 FASI YG SETIA MENANTI..
DOK TANG MANA NIH!!! ISH..ISH..


AKTIVITI DI C.P. 'TOUCHING U KNOWING U' - MENG'ERATKAN UKHUWWAH

ADIK2 YG KESEJUKAN..TP BERSEMANGAT!
PERSIAPAN FASI BAGI MENJAYAKAN XPLORACE 1429H
Naqib & naqibah diuji di medan lapangan
Merencana aktiviti..perlukan pengorbanan
Banyak idea dari remaja diambilkira bg 'meremajakan' prog Hijrah
[PENGURUS KRJ SPS]

No comments: